Monday 2 September 2013

GEMUK

Assalammualaikum..
Salam Sejahtera..
Annyeong~ ^^y

    Dah lama tak merepek..nak merepek balik! No formal dah! Pi lantak la orang nak cakap apa! Ecehh..garang!

    Hari tu macam biasa aku pergi ikut ibu meeting tergempar dia..every Wed 930am.. fuh detail ๐Ÿ˜‘Majoriti ahli meeting tu semua pangkat mak-mak je dengan aku..so aku panggil acik je la.. Ada la makcik ni tegur aku, "Tasha..kenapa makin gemuk ni? Adik kau dah kawin.. kau bila? Cuba diet sikit. Nanti ada le org ngorat" Oh man~ it is so touchhhhhhhhh cable betul la! Aku dengan mata tak berkelip, fikiran 1001 macam terus ke arah makcik tu dan berdiri sebelah dia.. ;)
   
Nak je aku senaraikan dia!
1- makcik nape pendek dari saya?
2- makcik nape gemuk sangat-sangat-sangat ni?
3- makcik jalan larat tak ni?
dan pelbagai lagi..

Tapi...aku tak biadap sangat..aku senyum simpul manis je..habis manis dah tinggal tawar..

   Apa la manusia ni..sebelum nak judge orang tak pernah nak tengok diri sendiri.. apa yang kita lebih sangat? Walaupun kita lebih dari orang lain kita juga ada kurangnya..tak kira la tua ke muda..mulut lah yang paling penting kita kena jaga..

   Aku ni mengingatkan diri aku sendiri..malas kot nak sibuk hal orang.. ๐Ÿ˜‘

   Makcik ____ (nama dirahsiakan) wahh..retis! Saya tengah diet ni makcik! Saya dah slim shaggy balik, saya catwalk depan makcik..siap pose ala-ala Katy Perry lagi! Wait&See tau makcik?

Makan sambal ikan bilis..
Okay dah habis!

Happy Membaca le ye korang~ ^_^y

Wednesday 27 February 2013

Ego dengan penuh kasih sayang

Assalammualaikum..
Salam Sejahtera..

    Tiada kata secantik bahasa...blablabla...*nyanyi*

Ego
ber-EGO-an
Ego-Egoan

    Ye..perempuan cakap lelaki ego, lelaki cakap perempuan ego.. tapi bagi aku la kan..dua-dua ada sifat ego..sama ada pandai hide-kan atau kurang cerdik sampai tunjuk kat semua ego dia yg tinggi melangit sampai org taknak dekat. ๐Ÿ˜‘

    Dalam kehidupan berpasangan,seboleh-bolehnya kurangkan la ego tu..ni tak asal bergaduh je memasing senyap seribu bahasa..
                                      -
'arghh! kau yg buat salah! kau kene pujuk!'
'Aku lelaki, apa barang pujuk gf ni! malu la wei!'
'Asyik-asyik aku pujuk! Mengada punye perempuan'


    Tak salah ego ni..tapi memandai-mandai la..ni tak, even kekasih buat salah & perlukan kekasihnya pun still tak diperlukan.. macam mana ek nak get along sampai gerbang perkahwinan kalau masing² tak nak ambil sikap saling memahami, open minded.. blabla.. haih.

    Kawan aku cakap pasangan dia ego..bila ada taknak dicari.. dan bila takde baru melilau call,msg.. inikah perhubungan kasih sayang yg kita perlukan? Aku memang angkat tangan kalau mcm ni..baru couple dilayan mcm nak tak nak.. kalau dah kahwin? tidur sebelah pun buat tak kenal! haa..achano? time tu nak menyesal pun dah tak guna lagi.. *malas nak fikir kemungkinan tu..walaupun dah tersebar dalam kepala*

    Macam-macam definisi ego boleh kita ungkapkan..tapi aku kitarkan dalam perhubungan saja. Buang ego sikit-sikit demi relationship yg berkekalan.. Tak guna tanam ego sampai tumbuh cendawan. berpada-pada jgn sampai menyakitkan org lain..

Simple dimple..guna ego bila time perlu je..contoh:
- time orang jual barang & paksa kita beli.. lol. then sila tunjukkan ego korang dekat dia..jgn maki udah le..tak baik k? ;)

   wuraitsoraits..

The end story morry
Thankyou masak gulai kari ikan kayu

Happy Reading korang.

Peminat Tegar

Assalammualaikum..
Salam sejahtera..


    Gila..gila.. last update entry 13 feb ritu.. -.- apsal malas lak skng ni..? Ni semua pasal lappy cinonet tu tak boleh detect wifi..harus ke berebut modem juga pc dgn ibu setiap hari? Dapat bukak kejap pun sebab ayat nak harvest game di facebook.. lol.. mueh mueh.. :p so mmg tak la dpt bukak lelame..sbb kalau lama ibu akn tegur "dah ke belum?" ye la..peminat tegar Aaron Aziz le katekan..

    Hmm..
Aaron Aziz..
AA
aren ajiz..

Sekarang ni ibu dah tak malu nak bercerita pasal keBAGUSan lakonan Aaron Aziz ni sebab MakLong biras ibu..kakak ipaq ayah..wife PakLong abang sulung ayah.. eh.. -.- okay sambung balik! Disebabkan MakLOng pun peminat tegar AA nih! humakaih..

Tepuk tangan ramai-ramai plz! hoyeah!


    And baru-baru ni ibu, n her anak.. eh.. my adik lelaki beserta erin pergi tengok wayang. Ala..yg AA berlakon tu.. Kerat 14..well tajuk mendebarkan.. Tapi ibu ckp ceritanya best.. ye la! dh minat..tak best pun ckp best ye dak..? hahaha..

Drama Adam&Hawa as Pilot hensem yuuu~ mueh mueh

 sedikit gambar dari filem Kerat 14:





Sedikit sinopsis dari Kerat 14:
    Kerat 14 merupkan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq(Aaron Aziz) dan Nuzara(Siti Saleha). Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara. Dalam masa yang sama Aril(Ali Arami) muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nuzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman. Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara.


Aaron Aziz-Haziq (Main Actor/Actress)
Siti Saleha-Nurzara (Main Actor/Actress)
Fouziah Ghous (Main Actor/Actress)
Ali Arami-Aril (Supporting Actor)
Zamarul Hisham-ASP Razman (Supporting Actor)
Arash Mohd (Supporting Actor)
Azhar Jb (Supporting Actor)
Arrora Salwa-Pegawai Polis (Supporting Actor)

ini semua saya copy dari sini. :)



okay..cinta 3segi..biasa la kot..hehe.. tgh tak sabau nak tgk Rockuu! yeay!




Haha..tu je buat masa ini..

Thankyou makan kuih bahulu.

Happy Reading korang~








Wednesday 13 February 2013

Kahwin dan Anak

Assalammualaikum..
Salam sejahtera ye~

    Ini baru ada masa nak update blog..coz masa byk terbuang dgn game..YES! game yg menjalar dan menjadi virus buat segelintir pemilik akaun FACEBOOK.. oke..okey..okay..bukan nak cerita tntg game lagi.. tapi tntg saya dan kawan2.. *motif?* maaf memang ade motif..

    Saya adalah manusia yg malas nak pergi kenduri kahwin ni..or anything yg mengaitkan dgn menaik taraf hubungan sesama pasangan.. *ceh ayat* tapi saya sangat-sangat-sangat..SANGAT tak berapa gemar dgn pertanyaan org..saya tahu korang pun pernah rasa..

contoh:
  • "Tasha, bila nak kahwin ni? Nak tunggu anak raja dtg meminang ke?" -oh yes..please..please..suruh anak raja tu dtg minang ea? *tangan didada mata ke atas*
  • "Sampai bila nak hidup macam ni Tasha? Tak teringin ke nak ade laki sendiri?" -gila tak nak?? cuma.......blurrrrrrr... -_-
  • "Tasha, ko tu dah umur berapa? Ko tu bukan selamanya muda ye?" -btw..thanks ingatkan gue! saya tahu..takde selamanye kita muda!
  • "wei Tasha..ko tahu si polan..polan tu nak kahwin dah? Laku dia..aku pun laku..tak macam ko..pergi mandi air bunga la sha oi! #hehehehahaha!" -excuse me! anda siapa nak ckp saya tak laku ke what ever? mandi air bunga? kelakar nye cik kak oiii..
   Sedih gila dgn tanggapan org..meh sini aku pekap mulut org yg celupar! hamboi..emosinya sayep! :p




Macam mana kalau dah kahwin?
  • Lama kahwin takde anak - "Bila lagi ko nak ade anak sendiri Bedah? Leha baru 3bulan kahwin dah 2bulan mengandung" 
  • Anak baru sorang - "Bedah oi..anak si Tipah tu dah tiga..idak reti ke nambah lagi sorang? kesian si Ikram tu nak jugak dapat adik..blablablabla"
  • Anak sorang: lelaki - "Bedah oi..! bilanya nak dpt ank pompuan..boleh buat peneman kamu"
  • Anak sorang: perempuan - "Kamu tau si Tipah tu..sepasang anaknye..laki pompuan..ha..kamu tu bila nak tambah anak lagi? Kesian Mahat tu. Nak jugak teman main bola, ye dak?"
Ha! ini baru sorang! kalau dua?

  • "isk kamu ni Bedah..dua je pun anak..ce tambah anak..rezeki tu anak ramai..idak le nengok dua je..dah tua seronok tgk anak ramai..dapat lak cucu..raya meriah Bedah oiii"


Hahahaha~ tu la ayat kalau dapat anak..satu salah, dua salah, tiga salah..perempuan salah, lelaki salah.. abis tu nak team bola..?

    Sekarang ni bukan makcik2 yg sebok! tapi pakcik2 pun byk gak.. Please la..dari ckp mcm tu,why not korang doakan agar mereka..err..kami dapat apa yg kami hajati? 
   Setiap orang nakkan kebahagiaan dunia dan akhirat.. Takde siapa yg nakkan kehancuran.. Apakata ambil langkah bijak dengan mendoakan rakan-rakan kita, bukan hina.. sedih tau! saya byk kenal org mcm ni.. :(

    Bagi yang takde rezeki, bukannya mereka tak teringin nak ada anak..tapi dah takde rezeki..dah cuba macam2 tapi takde ape2 jugak..so how? Pelan-pelan kayuh, usaha..bukan pakai mulut pokpekpokpek..bukannya dgn membebel boleh mengandung terus! -_-
 
    Macam mana lepas kahwin, then beranak pinak tapi tak mampu nak jaga? Serah kat org buat ank angkat? hmmm..Takpun sekolah mereka terabai.. Pokok pangkalnya..biar mampu..jgn tak lalu..

Masak gulai si ikan keli,
Gulai dimasak utk hidangan;
Kita hidup ni hanya sekali,
Mestilah nak cari yang betul-betul sepadan.

ewahh..cakpung cakpung..

Sekian..thankyou ikan kayu..

Happy reading korang.


Thursday 7 February 2013

Repair..touch up

Assalammualaikum..

Salam sejahtera..

Ini yang digambarkan blog saya sekarang ni.. repair..touch up sampai hati puas..! puas! puas!
heu heu heu -_-'


*muke pengsan*
+
tersibuk + buat-buat

Selamat makan tengahari *bw tghari*
malam..selamat dinner..
dan seterusnya..

wokehmokeh

Happy Reading Korang

Unmotif entry

Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
dan!
-
-
-
*angkat kening, juihkan bibior sambil sengetkan mulut* = perilaku buruk
An nyung ha se yo!!

Perghh!!
Nampak sangat dah gila K-Pop!

Ibarat ludah langit jatuh tercoit kat muke.. *iyeks*
heuheuheu..

Motif entry jam 10pagi ni? takde motif..
cuma
nak
taip
aje

Tahun ni macam banyak planning dah di atur..Kalau takde halangan insyaAllah semua planning tu akan menjadi..kot..kot la..kot..
*pandang dinding..tarik napas kuat-kuat..lepas slow-slow*

kepala ni macam ada byk idea pulak..! cess..sabar..sabar ideaku! sila tawaf dulu dalam otak..after tu bukak khemah dalam nun..jangan check out dulu!
mueh mueh mueh

Ptg-ptg karang nak BW serata pelusuk blog..nak follow mane yg dah follow budak baru ni.. baru tak baru la..masuk ni dah dekat 5blog dah dibuat..semua di delete..alasan 
+ sibuk +
+ malas +
+ kering idea +
+ banyak fikir makan +
pun terciptaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... *marah kehape?*

Mengharapkan agar kali ini blog ni bertahan sampai ------- *taktau*

Fine..sekian entry cabuk dipagi hari..

Makan karipap kentang dipagi hari..bak seketul sini.
-unmotif-

Wokiezdokiez..

Happy Reading korangz.

Pentingnya beradab

Assalammualaikum..
Salam Sejahtera..

  Hello korang! 
  Tajuk boleh tahan! Macam sekolah lak.. -_-'

    Apa rasa korang bila tetiba orang tegur atau panggil korang dengan 'Hoi!' 'Wei' 'Weh' ? *muehehehehe* ada rase nak ganyang?? Lagi BEST bila di 'swit-swit' Saya ni sweet sgt ke? LOL ngeh-ngeh *tangan didada mata pandang ats* atauPUN, saya ni tikus?!! Hamboii laaaaaaaa!!

Sebagai contoh:
"Hoi..ini ada jual tak?" -terpikat mak ni nok!
"Wei, topap maxis 3ringgit" -ceh..topap 3hengget je.Berlagak mengalahkan topap RM100.. ~_~ 
"Weh..weh..bagi ini 5ringgit" - Lol..mane boleh main bagi! bayar la! :p
"*bunyi*swit..switt* (muncungkan bibioq dan sedut angin ke dalam..btw..dah belajar cara ni)-sambung- *bunyi* hai..leh kenalan..?" - dahhhsyattt..belajaq bahasa tikuih ka ceq?
Dan yg paling best sekali..bila malas nak bukak mulut..main ketuk je cashier kuat-kuat..lepas tu tunjuk duit..
-_- eleh..macam la org hadap sgt dgn duit awk tu!
rase nak tumbuk je org macam ni..
Cubalah beradap sikit
"Kak..yang ini ada jual tak?" - kan sejuk hati ni..jawab dengan gumbira lagi.
"Dik..akak nak topap RM3" - ^_^ boleh kak..
"Hai awak..leh kenalan" -LOLOLOLOLO..hahaha..dah tentu boleh dong! oh.. maaf..nanti encik beliau cakap saya gatal.. :p
Apa rasa kita bila org buat mcmtu kat kita? marah? geram? semua beruli-uli kan? so dah tau jgn buat mcm tu kat org lain..Tak beradab bila panggil pelayan dengan bunyi tikus! Cuba kita jadi pelayan tu? Marah tak? So..pepaham sendiri la..
 
Cerita saya:
    Saya pernah kerja di PizzaHut slps habis kolej..Biasalah baru masuk tak reti sgt nak serve customer..Wajib lepas tulis order kita kena bacakan order cust balik..so..saya dgn segan+malu+shy+takut pun buat rutin tu..u know what? Budak2 tu ajuk balik kot?! + gelak-gelak.. SO BIADAP!! Nak diikutkan saya boleh je sound,tapi apakan daya..saya bekerja je disitu..so sabar dan senyum je la..
    Kalau la saya jahat..saya dah tuiii-tuii kat pizza diaorg tu! hahaha..but takkan nak buat camtu..tak baik kan?
Muka suci depan

Dalam hati Allah je yg tahu

    So kawan-kawan *hamboi!* huehuehue - Tak kira dengan siapa,dimana kita ni sama je..Adab sesama manusia tu penting. Tak mati nye kalau beradab ni.. Arghh..malas ngomong lebih..mak tak kuasa nak bagitahu..

'Sendiri makan pengat sendiri mau ingat'

Sekian bebelan tgh malam..
see u tumolo..InsyaAllah..

Woraits bebeh.

Happy Reading ye korang.

Macam biasa,picture cetakrompak dari abam GOOGLE

 

 
 
 

Tuesday 5 February 2013

Senyum itu sedekah

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..


Sebelum meneruskan agenda..err.. cerita pada hari ini..bangun dan senyum lebar sambil menyanyikan lagu ini.. 
SENYUM

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...




Sila sengih macam ni~ thehehe.. ngeh-ngeh

Senyum.. tak salah senyum.. tapi tengok la tempat, suasana.. takkan la org tgh dirundung musibah korang leh bantai senyum.. tak pasal2 korang senyum sampai ke hospital..~ aww! ganas..

Saya ni antara manusia yg suka senyum.. kdg2 kalau mood tersangat baik..haa~ melayan la kau dengan senyum nih!

Ape plak senyum tu gatai? Senyum tu sedekah..pahala kan..Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah"

Tapi risau gak nak main senyum2 ni, takut tersalah senyum kat suami org..tak pasal2 dituduh menggatal dgn laki org.. ngeh-ngeh

Senyum tu awet muda.. dikatakan dengan sentiasa senyum juga memanjangkan hayat.. tapi siapalah kita nak mementukan ajal maut seseorang kan..?

Tips belajar senyum
1- duduk/berdiri menghadap cermin.
2- sila belek muka dihadapan cermin.
3- tarik nafas.
4- lepaskan nafas dengan lembut jangan ganas sangat. 
5- pandang cermin dengan pandangan menawan sambil berkata 'cantik/hensem gak aku kan?'
6- ulang sebanyak mungkin.
7- dah sah2 anda akan tersenyum..nah..
olololo~ manisnya..manisnya senyuman mu..aww

amacam? dah boleh kan? btw saya pun cantik gak. tak malu! sape lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri kita sendiri? jangan dok cakap depan org..nnt dikatakan perasan lak.. terapi tu..

dan yg paling penting senyum biar ikhlas.. kalau hati marah..senyum tu macam nak tak nak je..jangan cepat marah..jangan selalu marah nanti cepat tua.. so.. senyum  je selalu..nanti muda je selalu..

comelnya senyum..hahahaha

*ini entry sesaje*

okiesdokies.

Happy reading korang..

Picture pinjam dari pakcik google.



Sunday 3 February 2013

Belasah teman wanita, Motif?

Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
errr~ (ucapan dalam bahasa korea plak) *taktahueja* 

-Entri subuh hari- mueh mueh mueh

    Tajuk boleh tahan..entri ni nak post haritu lagi..tapi terpaksa berebut modem dgn CikTie yg asyik je Aaron Aziz *tangan didada mata ke atas* Tgk Wanita Hari Ini..tajuknya lebih kurang tajuk entri ni..tapi bahasa lebih ayu lagi..agak lembut..arghh!

Oh..bahagianya


   Siapa la yg tak nak kebahagiaan? Cuma dah nasib badan dapat teman lelaki kaki pukul..takpe korang.. baru teman lelaki..boleh blah kot..ape? sayang??!! sanggup tahan sakit? maki? -_-

Ini ceritaku.
   Dipanjangkan cerita la..baca korang..ini untuk pengajaran bukan pengaiban okeh?! *okay sila sambung Tasha!* 
    1day saya lepak2 kat rumah member ni (seorang perempuan!)..saje la ptg2 isi masa lapang sambil gossiping *hewhewew* sedang kusyuk berbual hpn dia berbunyi..dia tgk..then dia buat bodoh sambil berkerut muka, macam menggelabah pun ada..banyak kali gak la..then dia decide pick up gak call tu... Cuma dgr dia ckp.."hurmm..ye la". Tak lama lepas tu bunyi org ketuk pintu. Member ni bangun dan terus bukak pintu..Tiba-tiba dia jerit..huk aloh..rupa-rupanya teman lelaki dia..ditariknya member masuk bilk dan terdengar la bunyi pekikan dan dush..gedebak..maaf..nangis semua ada..saya punya la risau..ketuk pintu pun tak berani..akhirnya saya call housemate dia dan kakak dia..punyalah diaorang ketuk pintu..bagai nak roboh pintu tu! tapi, tak jugak dibukak..
    Dalam 1/2j tetiba keadaan riuh tu jadi senyap..pintu bilik dibukak..keluar la si bf dengan muka selamba sambil menyalakan sebatang rokok! Damn! Muka sgt selamba! muka gua macam marah nak terkam..tapi tak berani~ huhuhu..
   Lepas tu keluar la member dgn keadaan serogoi .. -_- Muka sgt babak belur..err..muke lebam2..badan lebam..si member cakap dia bertumbuk, bersepak terajang.. Aduhai..
   Kami ajak pergi balai buat report..mula-mula..OKAY..tapi lama lepas tu.. "Sori la korang..aku taknak buat report..aku sygkan dia.bukan apa dia marah aku lambat angkat call." Aha..? What? Lambat angkat call sampai makan kaki tangan..? Tak sanggup aku!

OHOIII~!! itu bukan syg kaklong oii..itu ganyang! 

   Sampai bila kita sanggup dibelasah teman lelaki? Suami? teman wanita? erk?! ade ke? hewhewhew.. 
  • Kenapa kita taknak pertahankan diri? 
  • Kenapa kita tak nak buat report?
  • Kenapa kita sanggup bertahan?
  • Kenapa kita tak nak buka mata?
  • kenapa?
  • kenapa?
  • Kenapa?  




-
-
-
-
So persoalannya sampai bila kita sanggup jadi mangsa? Sampai dia dah jadi suami? kenal hati budi dulu sebelum ambil apa2 keputusan..tak kesian ke kat mak ayah, family kalau apa2 jadi kat kita?
-
Just because of cemburu kita kena lanyak macam bantal peluk..kasut..
Sedih..
sedih sesungguhnya..

KERANA SAYANG NYAWA MELAYANG

Okaylah korang..

Happy Reading U'olls.

serogoi - loghat Perak - Serabai, tak terurus, selekeh

Picture ehsan si Pakcik Google.


Friday 1 February 2013

Hantu Kak Limah 2: Husin,Mon Dan Jin Pakai Toncit

Salam 1 Malaysia.
:)

Yes! Next movie dari Mamat Khalid..pengarah popular dari filem meletooppp Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem yang diberi nama Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ni kiranya macam sambungan 2 filem tu.. Heronya seperti biasa Awie sbg Husin dan Ezlynn memegang watak sebagai Mon. Selain itu..khabarnya ini adalah filem terakhir Allahyarham Zami Ismail. Al-Fatihah untuk Allahyarham Zami Ismail.

Ok..ok..sebelum tu mari tonton dan layan Teaser Hantu Kak Limah 2: Husin,Mon dan Jin Pakai Toncit.

Terbitan Tayangan Unggul

Tengok promo ni pun dah tergelak, apatah lagi tengok full.. so mari beramai-ramai penuhkan pawagam pada 7 Feb 2013 ni.. :D

Sinopsis: Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah," Husin yang telah muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang Husin berjumpa semula dengan geng lamanya & juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh, Nampaknya sejarah misteri 45 tahun dahulu telah kembali.

Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura & mempelawa Husin menjadi pembantunya, namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri didapati hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi, & Nazari SMK gagal mengesan dimana Husin Berada. Yang tinggal hanyalah Mee Maggi Singapura. Didalam kekecohan itu muncul Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana hilangnya Husin. Apakah sebenarnya Berlaku??? Siapakah Yang Menculik Husin??? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2: Husin Mon & Jin Pakai Toncit di pawagam pada 7 Februari 2013


Barisan Pelakon :
Awie - Husin
Ezlynn - Mon
Shy8 - Usop
Rashidi Ishak - Dr. Samsudin
Delimawati - Kak Limah
Zami Ismail - Pak Abu
Man Kadir - Pak Jabit
Azwan Annuar - Wan Kaswi
Dewa Sapri - Cik Purnama
Nazari - Nazari SMK
Zainuri - Zulfekar
Adam Khalid - Adam
Adi Shamsul - Adi Tengelam Timbul
Afdlin Shauki - Wahab B

Mari layan gambar-gambar filem ni.. :)











okay.. Mari ramai-ramai penuhkan pawagam pada 7 Februari ni ea?

Wokiezzz~

Happy Reading u'olls.

Tuesday 29 January 2013

Tanda Badan Kekurangan air

Salam 1 Malaysia.

Saya ni antara manusia yg TAK SUKA minum air putih/air masak.. Dunno why..haha..tapi seriously air putih ni memang tersangat penting untuk badan.. and fakta mengatakan 70-80 peratus tisu otak kita terdiri daripada air.. so bayangkan kalau air dalam otak kering? kekeringan idea utk menaip? haha~ 
Semalam baca paper Harian Metro.. & ade keluar tentang air..so saya ambil point penting je.. ye la.. bukan semua org suka baca paper nih.. kan? kan? kan? :p

Tanda-tanda badan korang kekurangan air:
  • Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari *jangan guna program ni nak DIET! tak sesuai dengan kesihatan..*
  • Warna air kencing bertukar jadi pekat dan keluar sikit-sikit *tak perlu malu mengaku*
  • Rasa sangat dahaga. *kalau minum air manis/air ais selalu rasa tak puas- kan? hmm*
  • Sakit kepala, tidak selesa *ill always rasa mcm ni..migrain & tdk selesa dgn diri sendiri-sedih*
  • Kebas atau terasa menyucuk pada kepala, leher dan belakang badan. *lenguh-lenguh tu lain ea? hmm -lain la wei 'oh ok'*
  • Seram sejuk atau menggigil berserta kulit berpeluh dan pucat.
  • Terlalu lesu.
  • Mual
  • Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah.
Keajaiban Air
  Pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan tabiat 'makan air' iaitu dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi 80peratus air. Air mempunyai keajaiban yang perlu sangat kita ketahui. Antaranya :

Membantu kita kekal langsing.
- Minum banyak air membantu mencergaskan metabolisme kita terutama air yg benar sejuk. Ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar beberapa kalori *phieww..minum air pun dah macam exercise wehh*

Air merangsang tenaga
- Kalau korang rasa letih dan tiada tenaga, pergilah ke dapur ye? Dan minum segelas air sejuk. Kurangnya air dalam badan akan membuatkan kita berasa cepat penat dan tak bermaya. Air yang secukupnya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih cepat. bahkan air boleh membantu darah membawa oksigen dan nutrien penting kain ke sel dengan cekap.

Air dapat kurangkan tekanan.
-  Tahu tak korang bahawa 70-80 peratus tisu otak terdiri dari air? Jika kurang air, badan dan otak akan mengalami tekanan. Bila kita rasa dahaga, badan kita sebenarnya sudah pun kekurangan air. So, untuk mengurangkan tekanan,pastikan di meja ada sebotol air masak. Tekadkan keazaman diri..sekurang-kurangnya satu liter air sepanjang berada di pejabat. *chaiyok!*

Menjaga otot.
-  Minum air secukupnya membantu mengelakkan kita mengalami kekejangan otot dan ia juga menjadi pelicir
sendi. Individu yang mempunyai air yang cukup boleh bersenam lebih lama dan badannya juga lebih kuat. *so..takde istilah tak boleh exercise..alasannye semput..ha! baru skng saya tau kenapa saya cepat letih bila jogging* :p

Air mencergaskan pencernaan.
-  Selain serat, air juga sangat diperlukan untuk proses pencernaan. ianya membantu melarutkan dan melembutkan bahan buangan supaya ia boleh bergerak dgn mudah dalam usus menuju ke rektum utk dibuang sebagai najis. Kekurangan air membuatkan bahan kumuh menjadi keras dan terjadilah sembelit. *hewhew*

Mencegah terbentuknya batu karang.
-  Sekarang ni makin ramai yang mengalami masalah yg membabitkan buah pinggang termasuklah batu karang. Ini pun disebabkan kurangnya air. Air mencairkan garam dan mineral dalam air kencing. kalau badan tak cukup air, garam dan mineral ini akan membentuk kristal garam yg akhirnya menjadi batu karang. batu karang tak boleh terbentuk dalam air kencing yg cair. 

Mencantikkan kulit.
-  Kulit yang kurang air akan tua dgn lebih cepat. Kurangnya air akn membuatkan garis lurus dan dlm mudah terbentuk. Ada yg menyifatkan air ialah krim kecantiksn semulajadi krn ianya boleh menyihatkan sel, membuatkan kulit nampak lebih sihat dan segar. ia juga menyingkirkan  bahan kumuh dari badan yg menjadi racun kpd kecantikan kulit. Tidak kira lelaki atau perempuan, amalkan minum air secukupnya krn siapa yg tidak mahu menjadi individu yang sihat dan cantik bukan? 

Tak guna berhabis puluhan ribu kalau air putih pun tak minum ye dak? So marilah kita jadi individu yang sihat cergas dengan minum air putih sekurang2nya 3-4liter sehari..atau 8-10gelas *phieww* dua botol 1.5liter tuuuu.. -_-

Minum air putih untuk kesihatan ye..

sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari.

Tengok gambar ni rasa dahaga plak! hewhew




So..mari! mari! Untuk kesihatan amalkan minum air putih. Kurangkan minum air manis. Boleh minum tapi kurangkan.. Tak mati kalau kurang minum air manis kan?

So..thanks baca. ;)

Okiesdokies.

Happy reading olls~



Sunday 27 January 2013

Si Korea bermain!

Salam ols~
:)

Sha baru lepas layan game show di Astro S One HD -C393 .. best giler kot game show ni! bukan macam game show kat Malaysia (Family entertain). Tajuk nya Running Man. Mula-mula mmg takleh blah kot..sbb sha bukan penggemar K-Pop..disebabkan erin gila sgt dgn K-Pop layankan je la.... 
-_-'
Running Man ni memang kelakar la! Game yg ada mcm-mcm..kadang-kadang sampai satu bandar pun join sekali..kiranya takde la sikap bajet retis mcm di Malaysia ni.. (mostly artis Malaysia sombong even kita tegur bebaik..) Yang main game ni plak mmg sporting habis! Hahaha..

Pemain Tetap Running Man : Kwang-soo,Jong kook,Jae-Seok,Ji hyo,Suk Jin, Ha-Ha & Gary

Lee Kwang-soo/Giraffe : Pemain tetap paling tinggi & penakut !
Ji Suk-Jin : Paling tua sekali. kuat lagi nih!
Gary : Rapper 
Ha-Ha : Comel~ *kelip mata*

Song Ji-Hyo : Satu-satunya pemain tetap perempuan. Terror gak dier ni!
Kim Jong Kook / Ketua penguatkuasa : Pemain tetap yang paling ditakuti!


Yoo Jae-Seok : Pemain yang tenang bagi aku..comel bila ketawa! hahaha

Setiap episod ada je artis jemputan..setiap misi yg dilakukan mesti ada terburai gelak!

Since tahun lepas game ni popular.. almaklumla..jarang bukak k-pop nih..awak dah kertu!! lagi! kertu! lagi?! haahahahaha..

oke la..sila layan budak kertu ni!
entry ni terjadi sbb daku tak boleh tido! 

Wokiesssszasss!

Happy Reading u'olls~

Sumber : Google 


Friday 25 January 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Salam 1 Malaysia! heee~

Sesuai tajuk entry utk diri ku ini.. so if sesiapa yg nak tambah follower better amek peluang ini..
boleh + kawan
boleh + pendapat
boleh + rujukan
etc la..

hey2.. ni blog si manis tu!

Photobucket

okiesdooookies!

Selamat Mencuba! 
&
Happy reading u'olls~

Sarapan Pagi jadi punca

Salam all~ :D

Bangun awal setiap hari.. lambai2 erin.. :3 
tetiba teringin karipap makcik port biasa.. so..keluar la melenggang kangkung ke gerai.. Disebabkan saya baru baik demam..tak nak la buat pembaziran.. so saya beli 3 ketul karipap kentang and dua ketul ketayap..hehehe..siap singgah restoran depan gerai tu utk beli milo ais..teringin aje pun..
Sampai je rumah saya baham la 3 ketul dari mereka :p tapi mulut ni masih ngak enak lorh...lepas tu pe lagi  layan game fb yang baru..
dan
secara
tiba-tiba
ARGHH!!!

Dah mula rasa tak enak badan.. kepale ligat berfikir kenapa.. tapi tak fikir dengan baik.. sebab kepala berdenyut dengan hebat..perut pedih dengan bahagia..
:'(

ye saya ade gastrik..
Gastrik tahap ape ntah, tak tau..

Ni webnye (klik aje..nanti open new window) saya mintak tolong pakcik gugel..sbnrnye dah tau..saje nak share..tak pening sgt bila bace..sbb selalunya jawapan dari google ni ada yg bila dibaca makin pening..mostly nye pjg berjela..haha..sedih! :p

La ni saya kuih tu pun makin pening.. jawabnye tengahari le baham..
Perut saya ni memang mengade-ngade sket..pepagi mmg saya jarang amik sarapan sebab dikhuatiri pedih menimbun menimpa diri.. omakkk..

oke..entri ni entri pening kepale nak ngadu..haha..
bye u'oll~
ni saki baki sarapan..ini pic sendiri bukan import pakcik ea? :3

Okies dokies..

Happy Reading u'olls~

Monday 21 January 2013

Cara lupakan bekas kekasih.

Salam u'olls..

"Ok! Mulai hari ini jangan cari saya lagi! Kita putus!"
"What?!"

Balik meraung! 
Warghhh!!!
"Sampai hati!"

Kalau hati sampai..takdenye mereka-mereka sakitkan hati korang,kan?

Sape yg tak pernah kecewa..saya pun pernah..tapi saya amalkan cara tertentu..agar dapat melupakan mantan kekasih.. ececehh.. indo sgt~ aww..

1- BFF
Cari bff yang boleh kita gunapakai..haha.. tak lah..gurau..bukan guna pakai.. tapi someone yg kita percaya..atleast kita blh luahkan ape yg terbuku, terpendam..Takut nanti lelame boleh gila tau?! :)

2- LAGU SEDIH
Stop..stop la dengar lagu sedih.. Nanti kalau ralat dengar..nanti korang teringat aje kat si beliau yang dah berlalu itu.. dari dengar lagu sedih..baik dengar lagu Oppa Gangnan Style..sambil nari-nari..at least..dapat berpeluh..n kurang sikit berat..kan korang asyik membebel gemuk~ gemuk~

3- AKTIVITI RIADAH
Jangan terperap dalam bilik menangisi apa yg telah tiada. Cuba la bawak-bawak berjalan di mall ke. Jogging ke.. ape ke.. tolong mak masak ke.. 

4- SENARAI UNTUKNYA :B
Cara yang aku suggestkan utk korang buat ialah.. sila senaraikan perkara yang buruk dia selalu lakukan.. perkara yang korang benci mengenainya.. haha..aku pernah buat.. dan ianya berhasil oke?! ;p

5- DOA
Perkara yang sangat penting bagi aku ialah dengan berdoa..mintak petunjuk dari Allah SWT..mohon agar Dia berikan kita kekuatan untuk survive..Mohon ditemukan dengan orang yang jauh lebih baik dari dia..Biar ditemukan dengan orang yang baik akhlak..beriman..hormat org tua.. aww.. 

Me? Saya dah jumpe someone yg sgt comel.. :3 
Bagi saya dia baik..selalu bagi si degil ni nasihat..
tapi very e pemalu sgt! hahaha..
oke tu je bab menggatal..hewhewhemohemo..

sedih break off..terasa dunia ini pijak anaaaaa daaa. pic pakcik gugel.

ni cara enjoy aku la.. g konsert..konsert free je pom..haha.. pic sdn bhd

aha! aku dengan Man Kidal.. saje je post.. :p aku excited woo time ni!

oke..
Happy Reading guys! :D



Friday 18 January 2013

Selamat Tinggal

Salam u'olls..

Pepagi tadi sy, ibu ayah eyin..aril,maknyah n gf may erin(same pulops) bergegas ke LCCT utk hantar May. Im so proud of u cousin.. :) keje leklok di perantauan k? Nanti raya masuk segmen ucapan hari raya di perantauan tu..hahaha.. ngeee~

2-3 hari sebelum tu Maknyah dah sampai dr kg..yg lain x dpt follow coz komitmen penting *ececececeh* musim sekolah..kalau semua diangkut..tak sekolah la jawabnya..

So 18 Januari 2013 pukul 4 kami gerak..memecut..memotong.. coz May kene ade kat airport dua jam sebelum 645am..hahaha! mmg terharula! ngantuk2..tapi nak lambai2 punye pasal..tahan.tahan..

Dekat 5am kami sampai..kelam kabut takut tak sempat nak setel2 pe yg patut.. N Alhamdulillah.. sompek juo yo..

eh~ lupe! haha..! (sengaja) May dan 9 rakannya berangkat ke Brunei Darussalam. Berkobar2 sampai ada beg akademi fantasia! heheyeargh!

si May..

Mereka yg ke Brunei..yg duduk tu abgnye~ haha..gatai nak posing skali!

Zass!

Happy Reading U'olls~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...